Falsafah Perniagaan dan Strategi yang Digunakan oleh Boeing



Boeing mempunyai satu falsafah iaitu untuk membuat dunia ini menjadi tempat yang lebih baik. Falsafah di Boeing adalah untuk menerajui industri aero-angkasa ke abad yang seterusnya. Ia adalah langkah yang telah diambil sejak seratus tahun dahulu dan Boeing yakin Boeing boleh menggegar dunia dengan cara ini. Syarikat ini juga mengiktiraf usaha mencapai visi akan memberi kesan yang lebih kepada komuniti di mana mereka tinggal dan bekerja.

Jumlah keseluruhan langkah yang telah diambil oleh Boeing melambangkan pegangan Boeing kepada nilai-nilai syarikat untuk seluruh dunia. Boeing sentiasa mengutamakan interaksi dengan pelanggan, pengguna, pekerja, komuniti, pembekal, pemegang saham dan rakan kongsi. Objektif untuk menyediakan penyelesaian kepada rekabentuk melalui interaksi seperti ini dan melalui kepintaran jenama (Inovasi, Kualiti dan Pandangan ke Hadapan) adalah asas kepada Boeing selama ini.

Kami juga menanamkan nilai kewarganegaraan korporat (Corporate Citizenship) kepada semua warga Boeing. Terdapat tiga cabang di dalam nilai ini iaitu perkhidmatan, cara berniaga dan penglibatan komuniti. Teras pencapaian Boeing adalah terus kepada sistem yang digunakan untuk menyampaikan kepada pekerja bahawa Boeing adalah untuk sentisa mencari penyelesaian kepada permintaan dan memastikan sumber kami disalurkan dengan betul untuk memberi impak yang maksima.
Powered by Blogger.

Capaian Pantas

Web hosting for webmasters