Latar Belakang Usahawan dan Perniagaan



Pengasas The Boeing Company adalah William E. Boeing. Beliau telah dilahirkan di Detroit pada tahun 1881. Salah satu risiko awal yang menunjukkan jati diri ,beliau adalah apabila beliau meninggalkan pengajian beliau di Universiti Yale pada tahun 1903 untuk mengambil peluang menyertai pekerjaan yang berisiko tetapi memberikan pulangan yang lumayan iaitu Industri Pembalakan Notrhwest.

Penglibatan beliau di dalam industri penerbangan bermula pada tahun 1910 di mana beliau telah menyertai satu persidangan penggiat industri tersebut.Minat beliau terhadap kapal terbang semakin mendalam setelah beliau menghadiri satu persidangan industri penerbangan.

Di bawah pengawasan beliau, sebuah syarikat pembuat kapal terbang kecil-kecilan telah menjadi gergasi di dalam bidang pembuatan pesawat. Selepas kegawatan ekonomi berskala besar pada tahun 1934 dan penggubalan undang-undang yang melarang pemilikan syarikat besar secara individu, beliau telah menjual pegangan beliau di dalam syarikat ini.

Oleh kerana minat yang terlalu mendalam di dalam penerbangan, beliau telah menawarkan diri untuk berkhidmat secara sukarela ketika perang dunia kedua sebagai penasihat kepada syarikat itu. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1956 tetapi beliau sempat untuk melihat syarikat itu untuk berkembang menajadi sebuah syarikat yang amat disegani.
Powered by Blogger.

Capaian Pantas

Web hosting for webmasters