Kejayaan, Kegagalan, Pencapaian, Faktor Kejayaan dan Keunikan Syarikat Kapal Terbang Boeing



Pada tahun 2002 dan 2003, Syarikat Boeing sebuah syarikat terkemuka di Amerika Syarikat telah mengalami masalah dalaman yang dilihat hamper membawa kepada penutupan syarikat ini. Pemecatan Ketua Pegawai Eksekutif ketika itum Phil Condit dan penglibatan Ketua Pegawai Kewangan, Micheal Sears di dalam rasuah di Pentagon serta kegiatan pengintipan industri oleh Ied Douglas Ganstenbein pada tahun 2003 telah menjadikan imej Boeing menjadi buruk. Industri telah melabel Boeing pada ketika itu dengan gelaran “the current poster child of Bad Management”

Boeing telah mengambil Ketua Eksekutif yang baru iaitu Harry Stonecipher untuk membersihkan nama Boeing. Walaubagaimanapun beliau juga telah dipecat kerana telah ditangkap atas kesalahan hubungan sulit dengan seorang eksekutif Boeing.

Perniagaan utama Boeing iaitu penjualan pesawat komersil juga telah menerima kesan dari kejadian di atas. Ini kerana kebanyakan pelanggan Boeing bersaiz besar seperti syarikat penerbangan di Amerika Syarikat telah jatuh bankrupt selepas kejadian 11 September. Dan tahun selepas kejadian juga menyaksikan jumlah pesawat dan penerbangan yang disediakan melebihi jumlah penumpang.

Pesaingan dari Airbus dan syarikat pembuat pesawat Brazil, Embraer dan kenaikan harga minyak dunia juga telah menyukarkan Boeing untuk kembali stabil. Penghantaran pesawat telah menurun dari 620 pada tahun 1999 kepada hanya 281 pada tahun 2003

Walaupun masih dibelenggu masalah-masalah yang dating bertimpa, Boeing telah berjaya menggandakan nilai sahamnya hanya dalam masa satu tahun bermula pada pertengahan tahun 2003. Salah satu penyumbang kepada factor peningkatan ini adalah pelantikan James Mcnerney sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru. Beliau yang sebelum ini dilihat sebagai pelapis bagi Jack Welch dari syarikat 3M telah berjaya menaikkan prestasi Boeing ke tahap yang lebih baik.

Pencapaian individu Mcnerney hanyalah sebahagian dari titik tolak kebangkitan Boeing di persada industri pembuatan pesawat. Punca lain peningkatan prestasi ini adalah disebabkan Boeing baru menyedari bahawa mereka fokus yang terlalu tinggi kepada permintaan tempatan sehingga mereka terlupa bahawa pelanggan mereka terdiri daripada syarikat penerbangan di serata dunia dan juga syarikat penerbangan tambang murah.


Pendapatan suku tahun kedua bagi tahun 2003 yang dihebahkan pada 27 Julai 2003 juga menunjukkan bahawa unit pembuatan pesawat pertahanan juga telah menunjukkan peningkatan dari segi pengeluaran dan pendapatan. Bagi unit pembuatan pesawat komersil mereka telah berjaya untuk membuat penghantaran sebanyak 85 buah pesawat pada suku itu sahaja. Ini telah menjadi salah satu pencapaian terbaik Boeing sejak tahun 1990-an

Pendapatan Boeing telah meningkat sebanyak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya dan keuntungan syarikat telah meningkat sebanyak 24 peratus. Lebih membanggakan Boeing telah berjaya mendapatkan tempahan berjumlah 376 pesawat baru.

Jika ingin dibandingkan dengan suku tahun pertama 2005, mereka hanya berjaya untuk 70 buah pesawat dan menerima tempahan sebanyak 63 pesawat baru. Boeing harus berterima kasih kepada James Mcnerney kerana telah berjaya mengubah pandangan daripada terlalu fokus dengan permintaan tempatan kepada penumpuan kepada industri penerbangan yang menjadi semakin terbuka. Permintaan untuk pesawat semakin meningkat disebabkan perubahan fokus yang dilakukan oleh Mcnerney. Untuk tahun tersebut Boeing menjangkakan peningkatan dari 320 buah pesawat pada tahun 2005 kepada 395 buah pesawat pada tahun 2005 untuk jumlah keseleruhan penghantaran pesawat kepada pelanggan.

Pada tahun 2006, Boeing telah menerima tempahan dari Air France dan pada bulan Jun tahun yang sama Alaska Airlines telah membuat tempahan sebanyak 35 buah pesawat yang bernilai USD 2.3 Billion. Ditambah dengan tempahan oleh Richard Branson, pengasas Virgin Blue sebuah syarikat penerbangan berpengkalan di Australia sebanyak 50 buah pesawat untuk tempoh 5 tahun telah meningkatkan prestasi Boeing.

Seperti kebanyakan syarikat besar lain di Amerika Syarikat, Boeing mendapati mereka semakin sukar untuk mendapatkan pelanggan baru di dalam bidang yang menjadi semakin tepu dan kadar perkembangan yang perlahan.

Walaubagaimanapun, Boeing telah berjaya mencari pelanggan baru dari tempa yang tidak dijangkakan mustahil sebelum ini. Syarikat penerbangan tambang murah seperti SpiceJet, GOL Airlines dan England’s First Choice Airways telah menjadi pelanggan baru bagi Boeing. Syarikat tambang murah baru ini telah menjadi pelanggan penting bagi Boeing.

Boeing patut berterima kasih di dalam perkembangan industri pelancongan yang semakin berkembang dan memungkinkan kewujudan syarikat penerbangan tambang murah baru. Boeing di dalam kajian Prospek Pasaran Komersil 2005 mendapati untuk 2 dekad akan dating, rantau Asia Pasifik akan menyumbang kepada 36 peratus jumlah permintaan penerbangan. Permintaan yang bertumpu di rantau itu dilihat bukanlah berita yang terlalu baik bagi syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Tetapi menurut Boeing, mereka bukan seperti syarikat pengeluar kereta, pembuatan kapal terbang adalah aktiviti yang rumit dengan rekabentuk dan pemasangan adalah hampir mustahil untuk syarikat di China untuk menghasilkan kapal terbang sendiri.

Bagi pembuatan pesawat, syarikat penerbangan tidak akan sesuka hati membeli daripada pengeluar yang menawarkan harga yang rendah. Mereka akan memilih syarikat yang telah mempunyai pengalaman yang mantap untuk menjamin kualiti dan tahap keselamatan kapal terbang sentiasa berada pada tahap yang paling baik. Dan tidak seperti McDonald’s, Starbucks atau Coca-Cola di mana pertumbuhan pasaran bergantung kepada permintaan yang dirangsang. Pertumbuhan pasaran bagi industri penerbangan adalah kerana permintaan yang menigkat berdasarkan kadar demografi. Di negara berkepadatan tinggi dan kadar pendapatan penduduk meningkat dan peraturan yang semakin terbuka, ini menunjukkan sebagai petanda permintaan untuk industri penerbangan juga meningkat. Di dalam satu artikel di dalam Financial Times, India telah member pelepasan cukai sebanyak 10 peratus kepada syarikat penerbangan yang ingin memasuki pasaran untuk tempoh 18 bulan. Syarikat penerbangan tambang murah juga telah mula wujud di Mexico dan ini juga akan membuka ruang untuk Boeing mengembangkan sayapnya di Rantau Amerika Selatan.
Powered by Blogger.

Capaian Pantas

Web hosting for webmasters